Jangan lakukan aktiviti secara berkumpulan

Peranan dan tanggungjawab kita dalam memutuskan rantaian COVID-19.

Jangan lakukan aktiviti secara berkumpulan.

Sekiranya tidak dapat dielakkan, amalkan perkara berikut :

👉🏻 Pastikan ruang mempunyai pengudaraan yang baik
👉🏻 Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
👉🏻 Pakai pelitup muka dengan betul
👉🏻 Jaga jarak dan elak sembang dekat

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku



 


📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲



Kementerian Kesihatan melancarkan laman web baharu, Covid Now yang mengandungi pelaporan data lebih telus dan tepat setiap hari mengenai Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, laman web itu boleh dilayari menerusi 

Klik link dibawah.👇


🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀



Pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis jualan MESTI menunjukkan kad/sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

# Tertakluk kepada negeri-negeri fasa 1 dan fasa 2 PPN

#KPDNHEP #peniagaberetika



Jangan pamirkan sijil vaksinasi anda ke dalam media sosial.

🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕


TERKINI: FUNGSI 'CHECK OUT' MYSEJAHTERA & STATUS VAKSINASI / RISIKO

Mysejahtera akan ada fungsi baharu. Malam ini akan ada update baharu. Fungsi Check Out. Dan yang paling best dan disukai pakgad boleh tahu status vaksnasi dan risiko sewaktu check in. Tak perlu buka sijil bagai.

(Sumber: Public Health Malaysia)

📌 Cara Update Maklumat Sijil Vaksin MySejahtera:

📌 Cara Delete Akaun Tanggungan (Dependent)

📌 Cara Padam Akaun MySejahtera Lama & Kemaskini E-mel / Telefon / IC

📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲📲


Ketahui apa itu endemik, epidemik dan pandemik.

Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth

 🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀


kit ujian kendiri COVID-19 yang telah dibeli. Ujian ini dilakukan di rumah masing-masing, cara yang praktikal untuk pelupusan ialah dengan menggunakan dua lapisan plastik sampah bagi setiap individu dan dibungkus dengan ketat sebelum dibuang,

VAKSIN DARI SUDUT AGAMA


VAKSIN DARI SUDUT PERUBATAN MODEN


VAKSIN DARI SUDUT KAJIAN PARA PROFESIONAL

VAKSIN DARI SUDUT PENCERAHAN PARA ILMUAN



Vaksin dari sudut pandangan agamawan pondok.

Sibuk dengan teori konspirasi, gemar dengan peristiwa akhir zaman  tapi tidak belajar ilmu fardu ain Aqidah Fiqih dan tasawwuf Sebenarnya anda termasuk dalam fitnah akhir zaman yang menyesatkan 
kerana sunyi dari belajar ilmu fardu ain  Cukuplah perasan diri itu pembawa panji akhir zaman  Belajar dulu ilmu fardu ain supaya tidak membawa fitnah

Vaksin Dari saranan dan pencerahan menteri kesihatan bersama beberapa orang panel.




🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍


Amalan ketika dijangkiti Covid19

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 & 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗞𝘂𝗿𝗮𝗻𝘁𝗶𝗻 : 
11/8/21 (𝘛𝘢𝘳𝘪𝘬𝘩 𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘬𝘶𝘳𝘢𝘯𝘵𝘪𝘯) - 26/8/21 (𝘱𝘰𝘵𝘰𝘯𝘨 𝘨𝘦𝘭𝘢𝘯𝘨)

𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝘂𝗿𝗮𝗻𝘁𝗶𝗻 : 𝘙𝘶𝘮𝘢𝘩 (𝘙𝘦𝘮𝘣𝘪𝘢)

𝗦𝗶𝗻𝘁𝗼𝗺 : 𝘋𝘦𝘮𝘢𝘮, 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘶 & 𝘳𝘢𝘴𝘢, 𝘴𝘦𝘴𝘢𝘬 𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴, 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘥𝘢𝘥𝘢, 𝘤𝘪𝘳𝘪𝘵 𝘣𝘪𝘳𝘪𝘵, 𝘭𝘦𝘴𝘶, 𝘣𝘢𝘵𝘶𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘬

𝗞𝗼𝘀 𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝘁𝗶𝗻 (𝟯 𝗱𝗲𝘄𝗮𝘀𝗮 𝟭 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸) : 𝘙𝘔3000.00 (𝘛𝘦𝘳𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘬𝘰𝘴 𝘢𝘭𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯/𝘳𝘪𝘥𝘦𝘳/farmasi)

𝗔𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝘁𝗶𝗻 : 𝘒𝘶𝘳𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘶𝘳 𝘸𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘱 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘵𝘶𝘬, 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘯𝘢𝘮 𝘸𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘣𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘹𝘭𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘦𝘮𝘶𝘳 𝘣𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘨𝘯 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘱𝘢𝘨𝘪 (𝘚𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘱𝘬𝘶𝘭 10 𝘱𝘢𝘨𝘪).

𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗴 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗶𝗻𝘁𝗼𝗺 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸 : 𝘔𝘪𝘯𝘶𝘮 𝘢𝘪𝘳 𝘣𝘢𝘵𝘶, 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘪𝘴 𝘬𝘳𝘪𝘮, 𝘹𝘬𝘦𝘳𝘢𝘱 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘵 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘶𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘢𝘭.

𝗞𝗲𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗰𝗼𝘃𝗶𝗱 : 𝘓𝘦𝘴𝘶 𝘣𝘢𝘥𝘢𝘯, 𝘤𝘦𝘱𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘯𝘢𝘵, 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘶𝘵, 𝘣𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘴𝘦𝘫𝘶𝘬, 𝘤𝘦𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘵𝘶𝘬.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖


🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍🖍



AWAS! JANGAN KONGSI SIJIL VAKSINASI ANDA.. 

Anda seharusnya berhati-hati dalam menjaga kerahsiaan maklumat berhubung Sijil Digital Vaksinasi di MySejahtera masing-masing. 😊

#KPDNHEP #penggunabijak #jangankongsi #sijildigitalvaksinasi


Pelaksanaan pasport vaksin perlu kajian menyeluruh.

Beberapa perkara pokok perlu diteliti supaya ia dapat dilaksana dengan jayanya dan diterima secara meluas, ia bukan sahaja hal berkaitan mekanisme yang terbaik tetapi juga supaya ia dapat diterima dengan meluas di seluruh dunia.

Jelasnya, setakat ini aplikasi MySejahtera sudah memadai untuk pergerakan antara negeri, namun isunya adalah ia turut dikongsi oleh beberapa anggota keluarga yang lain.

“Sebagai contoh mungkin ada anak yang menggunakan ID MySejahtera ibu bapa, jadi ini akan menimbulkan masalah jika perjalanan itu tidak bersama dengan mereka.

“Kajian dan penelitian harus dilakukan kerana untuk mengguna pakai pasport vaksin ini ia perlu ada pengiktirafan bersama atau kesepakatan secara global.”

Ia perlu dilihat sama ada untuk dilaksanakan secara fizikal, seperti pasport perjalanan antarabangsa sedia ada, atau secara digital di dalam peranti.
Jika secara digital, ia perlu memberi penekanan terhadap pemenambahbaikan aspek keselamatan sistem untuk mengelakkan risiko ID diciplak atau dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pelbagai manfaat atau pro-nya, perlu diperhalusi kekurangan atau kont-nya supaya ia dapat ditambah baik dan akhirnya dilaksanakan untuk merancakkan kembali kehidupan era endemik COVID-19.

“Bagaimana pula dengan mereka yang tidak menerima vaksin lagi khususnya kanak-kanak untuk merentas negara?

“Selain itu perlu juga dilihat ketersediaan bekalan vaksin kerana kita tidak mahu bila pasport vaksin dilaksanakan, ada rungutan tidak divaksinasi lagi disebabkan bekalan vaksin yang tidak cukup.

“Jadi ini semua perlu dititik beratkan dahulu."



💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉

TINGKATKAN PERLINDUNGAN DIRI

Pastikan anda memakai 2 jenis pelitup muka iaitu 3 lapis dan fabrik berserta dengan face shield. 

Kekalkan displin yang sama terutamanya ketika perlu menguruskan hal-hal mustahak di luar rumah.

Serta saluran media sosial baharu KKM 
👉https://t.me/MOHMalaysia

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu beri perlindungan sehingga 96% daripada dijangkiti varian Delta.

Sertai Telegram KKM
 👉 https://t.me/MOHMalaysia


✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️



Pastikan pelitup muka yang anda gunakan mempunyai tanda pengesahan SIRIM bagi memastikan ianya menepati standard yang ditetapkan sebagai jaminan bahawa kualiti produk  dipelihara secara konsisten.

#KPDNHEP #penggunabijak #pelitupmuka #SIRIM


💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉


Ikut langkah berikut untuk menggunakan Pulse Oximeter.

Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

#COVID19 
#MenangBersamaMharungiCOVID19 
#sihatmilikku


📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣


Kadar kebarangkalian jangkitan COVID-19 adalah lebih tinggi dalam kalangan pesakit terlantar (bed-ridden) kerana masalah kefungsian yang mereka alami. Golongan ini juga lebih cenderung untuk mengalami komplikasi yang lebih teruk dan proses penyembuhan yang lebih rumit sekiranya dijangkiti COVID-19. 

Vaksin merupakan salah satu langkah pencegahan untuk membendung penularan virus COVID-19 dan melindungi mereka daripada mendapat komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti. 

Maklumat dibawah berkaitan vaksinasi kepada pesakit terlantar di rumah.

Sumber : Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

 🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑


Jika anda di jemput ambulan ke Hospital, bawa barang² ini sahaja👇👇:


1. MyKad. Kad bank tidak perlu.

2. Wang tunai jumlah yang sedikit. 

3. Pergi pakai selipar. 

4. Masa pergi pakai T-Shirt sahaja.

5. Baju panas kain cotton.

6. Satu persalinan baju discharge nanti. 2-3 set pakaian. Tidak perlu baju banyak-banyak. Nanti kena pakai pakaian pesakit hospital. Tidak akan dapat cuci atau jemur pakaian di wad.

7. Alat mandian, sabun, berus gigi dan sebagainya

8. Kain tuala.

9. Kain pelikat dan sejadah bagi yang muslim.

Jangan pakai jam dan barang hiasan seperti rantai emas.

10. Telepon dengan charge.

11. Earphone.

Seandainya anda meninggal dunia. Kemungkinan barangan selain perkara 1. 2. 10.  dan 11 sahaja akan dikembalikan. Yang lain akan di ambil oleh Hospital untuk tindakannya, mungkin di  bakar dan tidak di pulangkan.

12. Bawalah beg baju yang kecil bukan beg travel.

13. Bimbang kelewatan  masuk ward di Hospital bawa makanan ringan seperti roti dan dua tiga botol air mineral sedia di dalam kotak untuk mudahkan dibuang. 

14. Bawa botol air,  thermos, cawan dan sudu. Kalau kerap makan, bawa lah minuman 3 in 1 dan biskut² utk kunyah²🙂

15. Tulis atas kertas nama-nama pewaris yang lain, selain yang telah di rekodkan untuk diberi kepada Frontliner setelah masuk dalam ward. Untuk orang tua atau kanak-kanak, lekatkan sticker nama dan no telefon anak/waris, ibubapa pada beg mereka.

16. Ubatan (current medications) yang diambil jika ada. Minyak angin, minyak sapu jika mahu, bawa. Segala supplemen yang tidak boleh ditinggalkan, bawalah. (sebarang penghantaran barangan selepas masuk wad hospital tidak dibenarkan) Gambar senarai ubatan, dos dan kekerapan.

17. Pampers dan tisu basah bagi pesakit yang strok/tidak bermaya/tua. Gigi palsu orang tua bawa juga nanti tidak dapat makan. Jangan lupa bawa cermin mata/walker/tongkat jika perlu.

(Sila terangkan pada orang tua, tiada pelawat nanti dibenarkan, nanti dia merajuk pula korang tidak datang melawat.) Reload dan sambungkan internet secukupnya pada handphone orang tua anda. Sebaiknya ajarlah gunakan smartphone, cara  whatsapp, videocall sejak awal-awal lagi. 

18. Seluar dalam pakai buang jika perlu. Tuala wanita jika perlu.

19. Beberapa buku untuk dibaca jika boleh membaca untuk menghilangkan bosan. (Ramai pesakit bawa buku silang kata, crossword, sudoku dan buku bacaan agama)

Semoga selamat sihat dan kembali ke rumah dengan segera.

(Improved modified by Jessica William)

💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉


✅ Varian Delta dengan mutasi berganda atau B.1.617.2 adalah varian dominan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. 

✅ Setakat ini, vaksin yang ada berkesan terhadap varian ini. 

✅ Pastikan anda melengkapkan 2 dos vaksin bagi mendapat perlindungan maksimum.

Sertai Telegram KKM 

https://t.me/MOHMalaysia

🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀


Teknik proning untuk tambah oksigen dalam badan.

Kredit: sundari ningsih








🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕🔕


❓Dah boleh rentas daerah ke?

❓Dah boleh pergi office @ kena ada surat PDRM

❓Berapa orang boleh duduk dalam 1 kereta?

❓Kedai, ATM & stesen minyak buka sampai pukul berapa?

Rujuk infografik & pautan ini untuk SOP terkini (Dikemaskini 4 September 2021)

https://harianpost.my/sop-fasa-2-3-4-ppn/

Untuk peniaga, boleh rujuk SOP terperinci di sini

https://harianpost.my/operasi-perniagaan-ppn-terkini/







Comments

Popular posts from this blog

Peniaga perlu ambil langkah proaktif

Bantuam e-wallet rm100 secara one off

Doa dan Surah terpilih Alquran