PERIKATAN NASIONAL
Propaganda kluster mahkamah dan usaha usaha kerajaan terkini. 1. Kita rasa (dan harap) cerita hendak bawa balik bekas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak ke dalam kerajaan hanyalah propaganda kluster mahkamah dan geng "Bossku" bagi menguji di mana Ismail Sabri Yaakob berdiri. 2. Adakah dia terus berdiri bersama orang yang membuka ruang kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Md Yasin atau dia akan membawa masuk kluster mahkamah dan kleptokrat ke dalam kerajaannya? 3. Muhyiddin terus menolak kleptokrasi dan tidak bertolak ansur dengan kluster mahkamah walaupun hilang sokongan untuk memerintah. Hal ini wajar diberikan pengiktirafan. 4. Di pihaknya pula, Ismail Sabri tidak boleh tolak bulat-bulat kluster mahkamah dan kleptokrat kerana merekalah yang menumbangkan Muhyiddin dan memberi sokongan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri. Inilah dilema Ismail Sabri. Dia terhutang budi dan boleh menjadi "pawn in the game" kepada terlalu banyak pihak da...