Peniaga perlu ambil langkah proaktif
Peniaga perlu mengambil langkah proaktif dalam memastikan tahap kesihatan pekerja adalah bebas daripada ancaman corona virus.
#KPDNHEP #peniagaberetika
🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀
Pandai-pandai jaga diri... Kawalah diri terutama yang ada anak kecil & jaga orang tua.Pastikan kita telah mendapat vaksinasi yang lengkap.
🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀🌀
Jangan terlalu yakin walaupun situasi nampak ok.
Pakar kesihatan berkata penurunan bilangan kes di Lembah Klang juga tidak boleh dibandingkan dengan negeri lain kerana strategi dan pengesanan kontak yang berbeza.
Pakar kesihatan awam mengingatkan supaya kerajaan dan rakyat tidak berasa terlalu yakin dengan pembukaan lebih banyak sektor, walaupun situasi nampak memberangsangkan.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Dr Zainal Ariffin Omar berkata, walaupun pelbagai pihak beranggapan liputan vaksinasi negara sudah baik, ia bukan perlindungan penuh daripada jangkitan Covid-19.
“Masih ada golongan dewasa yang belum diberi vaksin, dan hampir 9 juta kanak-kanak bawah 18 tahun tidak menerima vaksin. Ini juga adalah sumber jangkitan berpotensi besar,” tegasnya.
Kegusaran itu selari dengan amaran oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam bahawa banyak tempat dibuka bukan atas faktor keselamatan yang semakin baik, sebaliknya didorong faktor ekonomi.
Terdahulu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan lebih banyak kelonggaran diberikan kepada sektor sosial dan ekonomi bawah fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), termasuk makan di premis restoran bagi individu lengkap divaksin bermula.
💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉
Kebenaran untuk beberapa sektor dibuka bukan disebabkan keadaan wabak sudah kembali selamat tetapi dilakukan atas faktor ekonomi.
Menerusi ciapan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberi peringatan kepada orang ramai bahawa banyak tempat dibenarkan untuk dibuka adalah selepas mengambil kira aspek ekonomi bukan kerana faktor keselamatan kesihatan yang masih membelenggu negara pada masa kini.
“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka, dua lapis kalau boleh, jaga penjarakan fizikal dan sering mencuci tangan.
“Selain itu, elakkan berkumpul beramai-ramai, jaga diri dan segera dapatkan vaksinasi,” ciap beliau di Twitter miliknya.
Sebelum itu, Noor Hisham dalam kenyataan media menyatakan kes harian Covid-19 mencatat rekod tertinggi baharu iaitu sebanyak 22,948 menjadikan kes positif berjumlah 1,489,460 kes dengan 178 kes kematian dilaporkan dan 35 daripadanya adalah Brought-In-Dead (BID).
Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan berasingan hari ini pula mengumumkan kerajaan membenarkan individu yang lengkap menerima vaksin Covid-19 di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjalani aktiviti makan di restoran (dine-in) bermula.
Negeri-negeri tersebut ialah Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Selain itu, beliau turut menyatakan kemudahan lain yang akan diberikan ialah aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) terpakai di dalam daerah sama sahaja. –
✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️
*Kelonggaran kepada individu yang telah menerima Vaksin lengkap;*
Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Contohnya Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan
b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Contohnya Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
Kemudahan-kemudahan tambahan yang dibenarkan bagi sektor sosial secara amnya adalah seperti berikut:
a. Aktiviti Dine-In kini DIBENARKAN bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya:
i. Pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik. Risiko penyebaran virus COVID-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar.
ii. Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
iii. Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat.
b. Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga DIBENARKAN bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya serta terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.
i. Aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik. Oleh itu, aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
ii. Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah DIBENARKAN selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
iii. Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah TIDAK DIBENARKAN. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.
iv. Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.
v. Aktiviti yang dibenarkan juga termasuklah perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.
Kemudahan tambahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran bagi Fasa 1 PPN dan seterusnya. Kemudahan yang dibenarkan secara amnya adalah seperti berikut:
a. Operasi Pasar Malam dan Pasar Minggu adalah DIBENARKAN
i. Pihak penguatkuasa yang berkenaan serta pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
Kesemua kemudahan yang umumkan ini akan mula berkuatkuasa pada JUMAAT, 20 OGOS 2021. Perincian bagi kemudahan-kemudahan yang baru akan di umumkan ini akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat.
Setiap kementerian dan agensi yang memantau kemudahan-kemudahan tersebut, termasuk pemilik premis, MESTILAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat.
Jika berlakunya jangkitan di premis yang menikmati kemudahan-kemudahan ini, KKM terutamanya akan segera mengambil langkah sewajarnya termasuk melakukan penilaian semula risiko serta tidak menolak kemungkinan menutup serta-merta premis atau kawasan yang terlibat selain mengeluarkan kompaun kepada pihak yang dikenalpasti melanggar SOP.
Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab bersama dalam usaha mengatasi pandemik COVID-19 ini. Sememangnya, kemudahan ini juga meletakkan tanggungjawab ke atas rakyat yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk membuat penimbangan risiko kendiri yang rasional dan bijaksana dalam menghadapi ancaman virus COVID-19 yang kini sudah berleluasa di dalam komuniti kita. Insya-Allah Kita Menang Bersama.
19 OGOS 2021
💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉
KUALA LUMPUR : Pembiakan varian Delta yang dikatakan merebak menerusi hidung berkemungkinan berpunca akibat perubahan ciri-ciri biologi terhadap vaksin.
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berpendapat, masyarakat tidak mempunyai pilihan lain selain perlu mengamalkan penjagaan SOP.
“Vaksin sedia ada mungkin tidak seperti apa yang kita harapkan sebelum ini kerana sepatutnya ia menghalang virus untuk terus merebak.
💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉💉
🚘 Fasa 1 PPN : Bilangan penumpang ikut kenderaan
-Infografik/Infographics-
👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮:
“𝗠𝗲𝘀𝗸𝗶𝗽𝘂𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 𝟴𝟬 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗽𝗼𝗽𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗲𝘄𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗶𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸, 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗮𝗿𝗮𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻.
“𝗞𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗼𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗶 𝘃𝗶𝗿𝘂𝘀 𝗶𝘁𝘂, 𝗻𝗮𝗺𝘂𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗶𝗻𝗶𝗺𝘂𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻. 𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗶𝘁𝘂, 𝗽𝗲𝗺𝗮𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗢𝗣 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴,” 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗿 𝗭𝗮𝗶𝗻𝗮𝗹 𝗔𝗿𝗶𝗳𝗳𝗶𝗻 𝗢𝗺𝗮𝗿 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶.
#𝗸𝗶𝘁𝗮𝗷𝗮𝗴𝗮𝗸𝗶𝘁𝗮.






Comments