Doa dan Surah terpilih Alquran
π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦
Cara sedekah Alfatihah untuk diri sendiri
πππππππππππππππππ
Fadhilat Bismillah 7
1. Susah mendapat demam atau menghidap sakit teruk.
2. Merapatkan hubungan suami isteri terutama yang dingin.
3. Boleh ‘memagar rumah’ dan pendinding diri serta keluarga
4. Dibaca semasa hendak makan di kedai atau tempat kenduri.
5. Mengubati segala jenis santau dan tuju-tuju.
6. Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan mudharat seperti dari kaca lampu, miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak bisa dan sebagainya.
7. Mengubati segala jenis penyakit berbisa, termasuk bisa sengatan binatang seperti ikan, lebah, ular dan kala jengking.
8. Ayat ‘Bismillah 7’ ini juga sesuai dijadikan sebagai ayat Syifa ataupun penawar tatkala ditimpa sesuatu musibah ataupun penyakit.
9. Apa pun juga kelebihan dan keistimewaannya, semua itu adalah rezeki & dengan kuasa / kehendak dari Allah SWT semata-mata.
IN SYA ALLAH SEMUA ATAS KEIZINANNYA
#Jomamalkanbismillah7
#bermanfaatbuatkita
#DenganizinAllah
✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️
DOA MEMOHON KESEMBUHAN PENYAKIT
Doa memohon kesembuhan penyakit di panjatkan harapan ke hadrat Allah SWT setiap kali kita ditimpa penyakit atau keluarga yang sedang ditimpa musibah penyakit. Dalam masa yang sama kita berusaha mencari penawarnya.
Dalam hadits riwayat Muslim, dari Jabir bin Abdillah ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sebuah ubat itu sesuai dengan penyakitnya, maka dia akan sembuh dengan izin Allah SWT.”
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 83 yang berbunyi:
Ψ§َΩِّΩْ Ω َΨ³َّΩِΩَ Ψ§ΩΨΆُّΨ±ُّ ΩَΨ§َ ΩْΨͺَ Ψ§َΨ±ْΨَΩ ُ Ψ§ΩΨ±ّٰΨِΩ ِΩْΩ
Yang Bermaksud : "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit, dan Engkau adalah Dzat yang paling berbelas kasih dari para makhluk yang memiliki belas kasih” (QS. Al-Anbiya: 83)
Allah SWT menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan. Tidak hanya sebagai ikhtiar agar segera diangkat penyakitnya, tetapi juga untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan agar dosa-dosa diampuni olehNya.
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153)
Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat.
Moga Allah SWT melindungi kita semua dari penyakit yang berbahaya ini dengan izin-Nya dan kemustajaban doa yang diajar oleh Rasulullah SAW jua. Amin.
RINGAN DI DUNIA BERAT DI AKHIRAT.
Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda;
Dua zikir yang mudah di atas lidah tetapi berat pahalanya dan disukai oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala ialah:
"Ψ³ُΨ¨ْΨَΨ§Ωَ Ψ§ΩΩΩِ ΩَΨ¨ِΨَΩ ْΨ―ِΩِ Ψ³ُΨ¨ْΨΨ§َΩَ Ψ§ΩΩΩِ Ψ§ΩْΨΉَΨΈِΩْΩ ِ."
- Ad Da'ie ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid -
Wallahu A'lam.
In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. π€²
*******************************************
*۞Ψ§َΩΩΩُΩ َّ Ψ΅َΩِّ ΨΉَΩَΩ Ψ³َΩِّΨ―ِΩَΨ§ Ω ُΨَΩ َّΨ―ٍ ΩَΨΉَΩَΩ Ψ’Ωِ Ψ³َΩِّΨ―ِΩَΨ§ Ω ُΨَΩ َّΨ―ٍ۞*
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]
πππππππππππππππππ
DOA PAGI
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
πππππππππππππππππ
Kelebihan Surah Al-Insyirah, Bagus Baca Hari-Hari...
1. Dipermudahkan Segala Urusannya
Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Insyaallah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.
2. Diberi Kekayaan
Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.
3. Terhindar Dari Segala Masalah
Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kesukaran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.
4. Menjadi Lebih Positif
Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.
5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah
Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih suka untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.
6. Menghilangkan Rasa Dukacita
Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.
Allah sebaik-baik tempat Minta pertolongan. Segalanya dengan izinNya
Kredit:Tanyalah Ustaz
#surahalinsyirah
#tp04
πππππππππππππππππ





































Comments