Propaganda kluster mahkamah dan usaha usaha kerajaan terkini.
1. Kita rasa (dan harap) cerita hendak bawa balik bekas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak ke dalam kerajaan hanyalah propaganda kluster mahkamah dan geng "Bossku" bagi menguji di mana Ismail Sabri Yaakob berdiri.
2. Adakah dia terus berdiri bersama orang yang membuka ruang kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Md Yasin atau dia akan membawa masuk kluster mahkamah dan kleptokrat ke dalam kerajaannya?
3. Muhyiddin terus menolak kleptokrasi dan tidak bertolak ansur dengan kluster mahkamah walaupun hilang sokongan untuk memerintah. Hal ini wajar diberikan pengiktirafan.
4. Di pihaknya pula, Ismail Sabri tidak boleh tolak bulat-bulat kluster mahkamah dan kleptokrat kerana merekalah yang menumbangkan Muhyiddin dan memberi sokongan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri. Inilah dilema Ismail Sabri. Dia terhutang budi dan boleh menjadi "pawn in the game" kepada terlalu banyak pihak dan kepentingan.
5. Sebenarnya sebagai Perdana Menteri "outsider", Ismail Sabri mempunyai kelebihan yang kalau dia tahu guna boleh menjadikannya Perdana Menteri yang baik.
5. Langkahnya menjanjikan pelaksanaan sejumlah pembaharuan berkaitan Parlimen dan pentadbiran sebagai keutamaan adalah menggalakkan. Secara tersirat ia adalah ranting zaiton (olive branch) kepada Ahli Dewan Rakyat Pembangkang menjelang sidang Dewan Rakyat 13 September ini.
6. Kabinet dalam mesyuaratnya minggu ini telah menyetujui cadangan itu. Tujuh cadangan yang dimaksudkan adalah:
i. Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen.
ii. Pelaksanaan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dalam masa terdekat.
iii. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.
iv. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
v. Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.
vi. Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN
vii. Ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.
7. Tapi kalau Ismail Sabri tunduk kepada tekanan kluster mahkamah dan kleptokrat, dia akan jadi tidak lebih daripada budak suruhan dan akan dicabar.
8. Secara peribadi, kita cenderung memberikan peluang yang secukupnya kepada Ismail Sabri bagi membuktikan kesungguhannya mententeramkan suasana politik negara dan memastikan Malaysia TIDAK kembali ke zaman gelap kleptokrasi.
π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·π±π·
π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²

Senarai Kabinet Kerajaan Prihatin (2021)
PM - Ismail Sabri UMNO
MK MITI - Azmin Ali PPBM
MK Pertahanan - Hishamuddin UMNO
MK Kerja Raya - Fadzilah Yusoff GPS
MK Pendidikan - Radzi Jidin PPBM
Kewangan - Tengku Zafrul
JPM Ekonomi - Tok Pa PPBM
JPM TT Khas - Abdul Latif PPBM
JPM Parlimen - Wan Junaidi GPS
JPM Agama - Idris Ahmad
JPM Sabah & Sarawak - Maximus Ongkili GPS
Pengangkutan - Wee Ka Siong MCA
Alam Sekitar - Tuan Ibrahim PAS
Sumber Manusia - Saravanan MIC
Menteri Wilayah - Shahidan Kassim UMNO
Wanita kebajikan - Rina Harun PPBM
Tenaga - Takiyuddin PAS
Pendidikan Tinggi - Noraini UMNO
Dalam Negeri - Hamzah Zainuddin PPBM
Kesihatan - Khairy Jamaluddin UMNO
Pertanian - Ronald Kiandee PPBM
Luar Bandar - Mahadzir Khalid UMNO
Luar Negeri - Saifuddin Abdullah PPBM
Pengguna - Alexander Linggi GPS
Komunikasi Multimedia - Annuar Musa UMNO
KPKT - Rizal Merican UMNO
Sains & Teknologi - Adham Baba UMNO
Usahawan- Noh Omar UMNO
Perladangan- Zuraida PPBM
Pelancongan - Nancy Shukry GPS
Perpaduan - Halimah UMNO
Belia & Sukan - Faizal Peja Azumu PPBM
✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️
Butiran:
Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : YB. Datuk Lim Ban Hong
Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB. Datuk Seri Ikhmal Hisham Senarai penuh kabinet baru... Tidak banyak yg berubah..
Menteri Kewangan
YB. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB. Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB. Tuan Haji Yamani Hafez Musa
Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
YB. Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB. Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee bin Shith
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff bin Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri : Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsuddin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Senator Tuan Idris bin Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Alam Sekitar
YB Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor bin Othman
Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang bin Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
YB Datuk Seri Shahidan bin Kassim
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Datuk Seri Rina Binti Harun
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato’ Dr Noraini binti Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Timbalan Menteri
YB Datuk Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II : YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar
Timabalan Menteri I : YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II : YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri II : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Abdul Rahman bin Mohamad
Timbalan Menteri II : YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri : YB Haji Kamarudin bin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri : YB Dato’ Rosol bin Wahid
Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican
Timbalan Menteri : YB Datuk Sri Ismail bin Abdul Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Tan Sri Noh bin Haji Omar
Timbalan Menteri : YB Tuan Muslimin bin Yahaya
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II : YB Willie anak Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Datuk Seri Hajah Nancy binti Shukri
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu
Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri : YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal
Menteri Belia dan Sukan
YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker Abdul Aziz

Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker
π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²π²
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional pagi tadi 21.08.2021 dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara.
Mesyuarat telah dihadiri oleh semua ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden parti-parti komponen iaitu Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, Dato' Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Presiden STAR, Dato' Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan Datuk Dominic Lau, Presiden GERAKAN.
Turut menghadiri mesyuarat adalah Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu, Dato' Seri Hamzah Zainuddin, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta wakil-wakil dari parti komponen.
Parti Perikatan Nasional yang didukung oleh 50 orang Ahli Dewan Rakyat bersama 3 Ahli Dewan Rakyat bebas akan terus bersama, bersatu padu dan komited untuk menyokong dasar dan perancangan Kerajaan Perikatan Nasional menjayakan pelan pemulihan negara, mengutamakan kebajikan rakyat dan menjamin kelangsungan negara.
Mesyuarat juga telah membincangkan secara mendalam senario politik semasa negara dan mendengar serta mengambil maklum semua pandangan dari parti-parti komponen bagi memperkukuhkan kerjasama politik dan membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ
KENYATAAN MEDIA
1. Parti Perikatan Nasional menjunjung kasih atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melantik YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
2. Parti Perikatan Nasional percaya bahawa pelantikan beliau dapat menghentikan kemelut politik sebelum ini dan menyatupadukan semua pihak untuk kembali fokus kepada agenda membela kebajikan rakyat terutamanya dalam pembentukan sebuah kerajaan yang stabil.
3. Sehubungan itu, semua Ahli Parlimen Parti Perikatan Nasional dari BERSATU, PAS dan STAR berdiri teguh bersama Perdana Menteri yang baharu, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan yakin bahawa pelantikan beliau dapat memastikan kesinambungan dasar, perancangan serta iltizam kerajaan Perikatan Nasional terutamanya memulihkan negara daripada impak COVID-19 dengan segara.
4. Parti Perikatan Nasional juga merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, YB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin yang telah mengetuai tampuk pemerintahan negara dengan amanah, cekal dan beristiqomah.
5. Semua program bantuan rakyat, pakej rasangan ekonomi termasuk perbelanjaan pengurusan COVID-19 yang diluluskan oleh YB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin merupakan bukti keprihatinan beliau yang akan selamanya tercatat dalam sejarah negara.
DATO' SERI HAMZAH ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Parti Perikatan Nasional
21 Ogos 2021, Kuala Lumpur
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ
πIsmail Sabri sampaikan ucapan sulung selepas dilantik PM ke-9
πPM Ismail Sabri guna istilah 'Keluarga Malaysia' rujuk rakyat Malaysia dalam ucapan sulungnya
πPM Ismail Sabri zahir penghargaan kepada rakan-rakan Ahli Parlimen BN, PN dan Bebas yang menyokongnya sehingga terbentuk kerajaan baharu
πPM Ismail Sabri ucap terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Jemaah Menteri PN atas usaha tadbir negara sebelum ini
π PM Ismail Sabri seru semua Ahli Parlimen sepakat selamatkan 'keluarga Malaysia' dari kemelut COVID-19
πKonsep 'Keluarga Malaysia' diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna sesebuah keluarga - PM
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan strategi yang dirangka Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dalam memerangi pandemik Covid-19 akan diteruskan dan diperkasakan.
Memberi ucapan sulung sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 petang ini, Ismail Sabri turut menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
“Melalui usaha berterusan kerajaan sebelum ini, kadar pencapaian vaksinasi di Malaysia merupakan antara yang terpantas di seluruh dunia. Malaysia konsisten memberi kadar vaksinasi yang tinggi melebihi 500 ribu dos sehari.
“Bersandarkan data tersebut, maka kerajaan ini akan meneruskan usaha yang dilaksanakan sebelumnya agar segera kita beralih ke fasa pemulihan melalui sasaran imuniti kelompok.
“Demi mencapai sasaran tersebut lebih awal, kerajaan ini akan memastikan inisiatif dan strategi dalam meningkatkan liputan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berlangsung semakin diperhebat,” katanya.
Beliau berkata pandemik Covid-19 adalah musuh semua dan mengambil kira situasi getir pandemik Covid-19 dunia, umum mengetahui bahawa varian wabak ini sentiasa berevolusi. Bermula daripada varian Alpha kepada Beta, dan yang terkini ialah varian Lambda.
“Oleh itu, strategi yang telah dirangka kerajaan sebelum ini akan diteruskan dan diperkasakan serta ditambah baik dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar kesihatan awam negara,” katanya.
Semua program menangani pandemik Covid-19 yang turut memberi kesan kepada ekonomi negara selain bantuan kepada rakyat melalui PRIHATIN dan PENJANA mula digerakkan Kerajaan PN di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️✒️
Comments